5S DI INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN KUANTAN....
Amalan 5S di ILP Kuantan telah dilancarkan pada 12 Ogos 2009 oleh Yang Berbahagia Tuan Pengarah, Tuan Haji Abdul Wahid bin Embong. Ketika itu, penyerahan bunting Amalan 5S telah disampaikan oleh Tuan Pengarah kepada semua Ketua Bahagian sebagai simbolik pelancaran. Sebagai permulaan, ILP Kuantan telah mengadakan lawatan penandarasan ke IKM Beseri, Perlis pada 22 Februari 2010 serta ke IKM Pekan pada 2 Julai 2010 untuk melihat kaedah pelaksanaan Amalan 5S yang dijalankan oleh Pusat Latihan Kemahiran Awam. Pada 12 Julai 2010, ILP Kuantan telah menerima lawatan daripada pihak JICA yang ingin melihat sejauh mana pelaksanaan Amalan 5S telah dijalankan di ILP Kuantan. Bermula dari itu, ILP Kuantan terus menerima menerima lawatan daripada Kementerian Sumber Manusia pada 26 Oktober 2010 yang ingin melihat dan menilai pelaksanaan Program 5S di ILP Kuantan selaku pioneer project.
Pada tahun 2011, ILP Kuantan telah melipatgandakan usaha dalam mencapai sasaran persijilan 5S oleh MPC dengan mengadakan lawatan penandarasan serta kerjasama dengan ILKA lain seperti IKM Pekan, serta Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) dalam meningkatkan pengetahuan dan berkongsi pengalaman melaksanakan 5S di organisasi masing-masing. Bagi memantapkan pelaksanaan Amalan 5S di semua peringkat kakitangan, pelajar, mahupun pembekal, pelbagai aktiviti telah dijalankan di bawah tiga Jawatankuasa Kecil iaitu Latihan, Promosi dan Audit. Aktiviti seperti audit dalaman, taklimat pengenalan dan kesedaran, pelancaran banner & bunting banyak membantu menerapkan semangat Amalan 5S di kalangan warga ILP Kuantan ke arah mencapai persijilan MPC. Pihak MPC telah mengadakan Pra-Audit pada 21 Oktober 2011 dan segala teguran sepanjang sesi Pra-Audit diambil tindakan segera oleh semua pihak. Pada 24 November 2011, pasukan audit dari MPC Wilayah Timur telah menjalankan Audit Persijilan ke semua zon di ILP Kuantan dan pada penghujung hari tersebut, ILP Kuantan telah diumumkan berjaya diiktiraf sebagai penerima Persijilan Amalan Persekitaran Berkualiti (5S).
Bermula pada tahun 2012, ILP Kuantan sentiasa berusaha mengekalkan Amalan 5S di kalangan semua warganya. ILP Kuantan dengan tangan terbuka menerima lawatan dari pelbagai pihak terutama dari kalangan ILJTM dan ILKA tempatan lain yang ingin berkongsi pengalaman. Bagi meningkatkan tahap kecemerlangan di kalangan pensyarah dan pelajar-pelajar, setiap zon bengkel telah diarahkan untuk mengenalpasti projek Kaizen yang banyak membantu di dalam meningkatkan Amalan 5S dan seterusnya mutu latihan. Maka pada 27 September 2012, ILP Kuantan telah mengadakan Pertandingan KIK Peringkat Dalaman yang diadili oleh Pegawai MPC selaku juri. Sebanyak 8 projek yang dipertandingkan dan secara tidak langsung acara tersebut telah berjaya membawa ILP Kuantan melangkah setapak lagi ke hadapan di dalam merelalisasikan impak pelaksanaan 5S.
Pada tahun 2013, ILP Kuantan berhasrat dalam meluaskan zon Amalan 5S ke peringkat asrama dan dewan makan pula. Semoga dengan kerjasama semua warga ILP Kuantan, impian ini akan menjadi kenyataan dan seterusnya membawa ILP Kuantan ke melangkah jauh ke hadapan dan terus cemerlang, gemilang dan terbilang.