Penerangan Logo 5S ILP Kuantan
Tafsir Warrna
Warna hitam
Warna hitam melambangkan kematangan institut. Ia menjadi simbolik terhadap keupayaan institut ini menangani setiap permasalahan.
Warna Putih
Warna putih melambangkan ketelusan. Kakitangan yang mahir, cekap dan amanah dalam melaksanakan tugas seharian merupakan aset terpenting institut ini.
Warna Biru
Warna biru melambangkan perpaduan semua bangsa di institut. Di samping itu juga ia menjadi simbolik terhadap sikap keterbukaan dan kreativiti. Setiap kakitangan dan pelajar memandang serius sistem ini dan tidak ada sikap ambil mudah dalam perlaksanaan sistem 5S di institut ini.
Warna Merah
Warna merah melambangkan keberanian, kecekalan dan kesungguhan institut melaksanakan sistem 5S di institut ini.
Gabungan keempat-empat warna ini iaitu hitam, putih, biru dan merah adalah gabungan terhadap unsur kematangan, ketelusan, perpaduan dan kecekalan.
TAFSIR REKABENTUK
Rekabentuk logo adalah berkonsepkan keceriaan, jadi pemilihan tulisan, bentuk dan warna adalah mengikut konsep tersebut. Berasaskan bulatan penuh yang memberi maksud menyeluruh, global dan terbuka. Bulatan yang besar mewakili Negeri Pahang yang makmur dan membangun. Diwarnakan hitam dan putih iaitu warna yang terdapat pada bendera Negeri Pahang.
Perkataan ‘5S’ direkabetuk secara ‘free’ sebagai mewakili semua kakitangan dan pelajar bebas melaksanakan sistem 5S mengikut kreativiti masing-masing tapi tidak terpesong dengan sistem yang asal.
Sebanyak 9 pusaran merah yang disusun sedemikian bagi mewakili teknologi dan kemahiran. Ia juga mewakili 9 kursus utama yang ditawarkan ILP Kuantan.
Perkataan ILP KUANTAN diletakkan di atas bermakna ia merupakan tonggak utama dalam pelaksanaan 5S iaitu Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal yang diletakkan mengelilingi bulatan sebagai amalan yang diterapkan oleh ILP Kuantan.