Penganugerahan Sijil Amalan Persekitaran Berkualiti 5S Kali Pertama
ILP Kuantan telah menerima Sijil Amalan Persekitaran Berkualiti 5S yang disampaikan oleh Pengarah MPC Wilayah Timur, En. Kamaruzzaman bin Kasim kepada Pengarah ILP Kuantan, Tuan Haji Abdul Wahid bin Embong pada 24 November 2011.
Penganugerahan Sijil Amalan Persekitaran Berkualiti 5S Kali Kedua
ILP Kuantan berjaya mengekalkan persijilan pada 29 November 2012. Sijil telah disampaikan oleh En. Kamaruzzaman bin Kasim, Pengarah MPC Wilayah Timur kepada Pengarah ILP Kuantan, Tn. Haji Abdul Wahid bin Embong. Majlis Penyampaian Sijil telah diadakan pada 17 Disember 2012 sempena majlis menandatangani Memorandum Persefahaman di antara Jabatan Tenaga Manusia (JTM) dan SIRIM Berhad dalam Kerjasama Program Kepakaran Teknikal Kimpalan yang diadakan di Dewan Kuliah Utama ILP Kuantan.
"Unity is strength... when there is teamwork and collaboration, wonderful things can be achieved.
Mattie Stepanek